03 8922 1485 wan.kamawan@gmail.com

Kama & Wan Advocates & Solicitors

"Legal Expertise You Can Trust"

Permulaan

Firma ini bermula dengan penubuhan Tetuan Kama Hassan & Co. pada September 2007 oleh rakan kongsi kami, En. Kamaruddin Hassan.

Pada bulan Mei 2012, En. Wan Mohd Shaifuddin Ab. Wahid, mantan rakan kongsi di Tetuan Jal & Lim (Kuala Lumpur), telah menyertai Firma ini justeru telah membawa kepada penukaran nama kepada Tetuan Kama & Wan.

Walaupun baru 5 tahun beroperasi, namun dengan kepakaran dan pengalaman kedua-dua rakan kongsi yang masing-masing melebihi 18 tahun dalam bidang perundangan, Firma ini terus menunjukkan potensi yang cemerlang dan telah berkembang pada kadar yang amat membanggakan.

Pengalaman

En. Kama dan En. Wan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang perundangan. Kedua-duanya telah diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 2000 dan 2001. Disebabkan minat mereka terhadap Undang-undang dan Syariah, mereka memutuskan untuk memgambil jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kemudiannya lulus dari Kulliyyah Undang-undang pada tahun 1999. Kedua-dua mereka berkongsi latar belakang akademik dan cemerlang dalam pelajaran mereka di Ma’ahad Muhammadi Lilbanin, sebuah sekolah menengah Arab yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Mereka berdua mendapat pendedahan yang meluas terhadap ilmu Pengajian Islam dan Kesusasteraan, termasuk Ulum Tafsir, Hadis, Fiqh dan lain-lain.

Kami Berpengalaman Hampir 20 Tahun

Ya, kekuatan kami adalah dalam memahami dan menyelesaikan masalah anak guam

Rakan Kongsi & Peguam

KAMARUDDIN HASSAN

En. Kama diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguam pada bulan Ogos 2000.Beliau pernah beramal di beberapa firma guaman sebelum menubuhkan Tetuan Kama Hassan & Co. pada tahun 2007.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Jurusan Undang-Undang (LLB) (Hons) dan Diploma Shariah & Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999 dan 2000.

Beliau telah beramal sebagai Peguam Syariah selama lebih 14 tahun di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Selangor…. Rakan Kongsi I

WAN MOHD SHAIFUDDIN AB WAHID

En. Wan telah didaftarkan sebagai Peguam Sivil pada bulan Februari 2001. Bermula sebagai Peguam di Tetuan Jal & Lim sejak 2001, beliau seterusnya telah dilantik sebagai Rakan Kongsi Tetuan Jal & Lim dari tahun 2005 sehingga 2012. Beliau telah menyertai Tetuan Kama & Wan pada tahun 2012 sehingga ke hari ini.

Amalan semasa beliau termasuk korporat, undang-undang komersial, termasuk pembiayaan atau fasiliti dalam perbankan dan kewangan Islam.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Jurusan Undang-Undang LL.B (Hons) UIAM pada tahun 1999,dan LL.M (Perbankan & Kewangan Islam) IIUM, 2010 seterusnya Diploma Amalan Shariah & Perundangan IIUM, 2003. Selain menjadi Peguam Sivil beliau juga beramal sebagai Peguam Syariah sejak 2005 sehingga kini.
..Rakan Kongsi II

KU AMIRUL FAIZ BIN KU SEMAN

NURUL AFIQAH BT ABDUL GHAFFAR

CIK SHAHIRAH BT SHAHARUDDIN

Khidmat Guaman Kami

CONVEYANCING

  1. Jual beli hartanah
  2. Pindah milik hartanah
  3. Fasiliti Bank
  4. Gadaian
  5. KaveatHubungi kami

LITIGASI SIVIL

  1. Perbankan Islam
  2. Urusan Tuntutan Hutang
  3. Undang-Undang Keluarga (Perceraian)
  4. Undang-Undang Buruh dan IndustriHubungi kami

KES SYARIAH

  1. Perceraian, ta’lik, fasakh, khul’
  2. Hak penjagaan anak
  3. Nafkah, harta sepencarian, Mu’ta’hHubungi kami

HARTA PUSAKA

    1. Urusan probate dan surat pentadbir (selepas kematian)
    2. Hibah, wasiat (sebelum kematian)
    3. Khidmat nasihat faraidHubungi kami