Tentang Kami
Firma Kami
Sejarah Penubuhan
Firma ini bermula apabila rakan kongsi utama kami, En. Wan Shaifuddin Bin Ab. Wahid menyertai En. Kamaruddin Bin Hassan di dalam firma Tetuan Kama Hassan & Co. pada bulan Mei 2012 dan nama Tetuan Kama Hassan & Co. telah ditukar kepada Tetuan Kama & Wan.
Mengapa Di Firma Guaman Kami
Kami merupakan satu firma guaman yang mempunyai etika kerja yang sihat dan sentiasa bekerjasama sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada peguam dan kakitangan yang mesra, berpengalaman, kompeten dan profesional untuk membantu sebarang urusan guaman anda.
Kami juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan badan-badan pembangunan usahawan dan perbankan di Malaysia. Kami sentiasa terbuka dan bersedia untuk berbincang mengenai perihal urusan anda dari sisi undang-undang. Sila hubungi kami untuk sebarang urusan guaman anda!
Visi Kami
Untuk menjadi sebuah firma yang cekap serta mesra dan dalam masa yang sama kompeten dalam menyediakan perkhidmatan guaman terbaik.
Misi Kami
1. Menawarkan khidmat nasihat dan menyediakan perkhidmatan perundangan yang profesional, kompeten dan bermutu.
2. Berusaha menyelesaikan masalah anda secara praktikal dengan kos yang munasabah.
3. Menjadi sebuah firma dengan pasukan terbaik (one team) yang mementingkan nilai kejujuran dan keikhlasan.